Assalamualaikum kami ucapkan kepada semua pembaca. Baru-baru ini kami menerima pertanyaan daripada pembaca, “apakah jaminan kami dapat bermain gitar setelah mendapatkan panduan belajar gitar¬†ini?”.

Terima kasih kerana bertanya. Terlebih dahulu kami ingin memaklumkan bahawa panduan belajar gitar ini kami tulis khusus untuk mereka yang baru bermula bermain gitar. Bermakna, ianya sesuai untuk mereka yang tiada pengetahuan langsung mengenai gitar. Ianya ditulis dengan bahasa yang mudah agar ianya senang untuk difahami dan dipraktikkan.

Salah satu cara dan teknik yang kami gunakan untuk memastikan pelajar kekal fokus adalah dengan memberikan module secara berperingkat mengikut pemahaman mereka. Kami nasihatkan pelajar supaya tidak beralih ke module seterusnya sebelum memahirkan diri dengan module yang sedang dipelajari. Dengan cara ini pelajar akan lebih terarah dan pembelajaran akan lebih kepada “goal-oriented”.

Pembelajaran juga dimudahkan dengan adanya gambar dan diagram yang kami hasilkan untuk memudahkan para pelajar melihat sendiri cara kord-kord ditekan bagi memudahkan mereka menekan kord-kord yang kami berikan. InsyaAllah dengan cara ini para pelajar akan lebih mudah memahami cara-cara membaca diagram yang mungkin sukar bagi mereka yang baru bermula.

Daripada ciri-ciri ini kami yakin, insyaAllah para pelajar dapat memahirkan diri bermain gitar dengan lebih cepat daripada biasa. Oleh itu jika anda bertanya “apakah jaminan kami dapat bermain gitar setelah mendapatkan panduan¬†belajar gitar?”, jawapannya, kami memberikan jaminan pulangan wang 100% dalam tempuh 60 hari dari tempoh pembelian. Bermakna, jika anda masih tidak dapat bermain gitar dalam masa 60 hari kami akan pulangkan wang anda 100%!

Diharap jaminan ini dapat meyakinkan anda untuk mendapatkan panduan belajar gitar ini hari ini dan mula bermain lagu kegemaran anda menggunakan gitar dalam tempoh yang singkat insyaAllah!